Thursday 4 April 2013

Objektif


  1. Untuk menggalakkan dan membangunkan sukan Catur di peringkat negeri Johor
  2. Untuk mengekalkan hubungan baik dan kedudukan baik dengan semua pengelola dan pengawal seliaan antarabangsa dan kebangsaan bagi sukan catur.
  3. Untuk memastikan prosedur pemilihan bagi sukan, pegawai, jurulatih dan mana-mana orang lain untuk mewakili negeri dalam sukan catur adalah terbuka dan adil
  4. Untuk mewakili negeri Johor dalam mana-mana pertandingan sukan Catur.
  5. Untuk memastikan akaun teraudit sepenuhnya serta laporan tentang segala aktiviti, penggunaan dan perbelanjaan semua wangnya bagi tahun kewangan persatuan yang sebelumnya, dikemukakan kepada Pesuruhjaya Sukan beserta dengan apa-apa laporan lain yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya Sukan.
  6. Untuk memastikan bahawa Perlembagaan dan kaedah-kaedah Persatuan dipatuhi dan diikuti oleh semua ahli.
  7. Menjalankan sebarang kegiatan amal atau sebarang jenis perniagaan untuk tujuan menambah kewangan Persatuan, asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang negara.
  8. Untuk menjalankan aktiviti tanpa diskriminasi tentang jantina, ras, warna kulit, agama, asal-usul, bahasa, kecenderungan politik atau apa-apa pandangan lain yang dipegang oleh anggota.




0 comments:

Post a Comment